Tuesday, November 10, 2009
SMELL LIKE SHIT
Adik-adik semua, please bear in mind that 'Don't Shit Where You Eat'. Tak faham?
Jangan buat tahi di tempat anda bekerja. Faham? Jangan menimbulkan masalah di tempat kamu bekerja. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan pihak client.
Bangang.. Sorrylah kalau kamu baca. Aku bukan memarahi kamu kerana benci. Aku faham kamu ini innocent cuma belajarlah. Harap-harap kamu tak ulang lagi di masa depan.
Dahlah tahi itu busuk, baunya terpalit pada orang lain lagi.
Tolonglah..
Tolong cuci, samak dan sembur balik dengan pewangi. Biarpun aku hanya tinggal 2 bulan saja untuk menghadap client baghal ini, aku tak rela untuk masuk ke tempat baru dengan bau-bauan jijik ini. Biarpun logiknya aku dah tak berkaitan lagi dengan tempat ini, dah tak harus pening kepala lagi namun kekomplikasi otak aku ini memang menyusahkan. Kononnya nak meninggalkan tempat kerja dengan pride and accomplishment.
Hak Ptuih!!
Mimpilah aku!! Realiti takkan sama dengan fantasi.
Tak sabar rasanya nak blah. Cepatlah January 2010 menjelma. Haha..
Cao..
Wednesday, November 04, 2009
PC WORLD
Dilengkapi dengan Intel Pentium 1.2 GHz processor, 256 MB Ram dan pemain cakera padat, laptop ini memang adalah antara budget laptop yang terbaik pada zaman kegemilangannya. Bukan sekarang tapi dulu pada tahun 2004. Biarlah, aku faham dengan konsep syarikat yang mementingkan kos. Jimat katanya.

Kerja efektif = RAM naik + HANG kurang + INTERNET multi-tab laju - STRESS - CURSING - *&%$#@
Jadi aku dengan bersemangatnya mengoogle untuk mencari cara bagi meningkatkan kelajuan laptop dan aku dengan terujanya berjaya mendownload perisian RAM Optimizer. Satu program yang direka untuk memantau kelajuan dan size RAM semasa komputer beroperasi. Hebat!! Pastinya pendekatan yang paling sesuai dengan laptop aku. Berkobar-kobar semangat aku untuk mencuba program yang diwarwarkan dapat membantu meningkat keupayaan RAM laptop aku.
Yeah!!
Tak sabar ni!!
..
...
..
.
" Not enough memory to run program"
Alahai.. Sedihnya..
Cao..
Tuesday, November 03, 2009
TENANG SEBELUM RIBUT
Buat masa ini otak aku tenang. Setenang setenang tenangnya. Sekian lama menanti akhirnya syarikat baru itu sudah memberikan surat tawaran kepada aku. Berakhirnya penantian hampir 2 bulan. Haih..
Aku juga dah selamat meletakkan surat perletakan jawatan dan pengurus aku kali ini menerimanya tanpa banyak memujuk agar aku menukar fikiran. Upon further discussion, she informed me that she unable to meet with the offered salary within this near future therefore she had to let me go. She also said that she understand the pressure that I'm currently handling in my work tasks and she always had my back. I even apologized to her for letting her down by accepting this offer and she politely said that I never disappoint her during my tenure. At some point, we can no longer close an eye to a very good offer and opportunity to rise professionally.
Heh, see how complicated I am? Even tendering my resignation also burdening for me. I hate failure and losing therefore quitting from my current job is considered as a part of failure for me. I was torn and drowned between loyalty and new challenge. Between fighting and rising through challenge or lying comfortably and safely in nest provided by current job. In the end, the quote "Love your job but don't love your company because your company will never love you back" keep me sober. 2 and half years of attachment, 1 promotion. A good achievement I guess..
Tengok, nak resign pun susah nak mampus.
Idiotic right? A plain old me..
Anyway my last day of tenure will be on 29th December 2009 and I will join the new company on 4th January 2010. There is a good 5 days gap for me to refresh my battered body. Vacation seems like a good idea.
Any ideas anyone??
Cao..
Monday, October 26, 2009
PITCH BLACK
Papadom adalah tajuk pilihan cerita untuk aku dan Numero Uno bagi minggu lepas. Setelah berhempas pulas cuba menyakinkan Numero Uno untuk menonton Inglorious Bastards, ternyata kekacakan Brad Pitt tidak mampu menumpaskan kecomelan Afdlin Shauki. Segala hujah aku mengenai kelicikan plot cerita, kehebatan rancangan membunuh Hitler langsung gagal mengubah pemikiran Numero Uno. Ternyata trailer yang memaparkan Afdlin Shauki keseorangan memakan papadom sudah cukup kuat untuk mengikat selera Numero Uno untuk Papadom.
Seperti biasa, panggung wayang Galaxy Ampang adalah pilihan pertama kami. Kemudahan yang terletak dekat dengan rumah, pasaraya yang separuh siap, kedai-kedai yang sentiasa kosong tiada penyewa dan kemudahan parking tanpa caj adalah faktor utama pemilihan kami. Berbaloi-baloi.
Tepat jam 8.15 pm selaras dengan lampu penanda bilik wayang dinyalakan, aku sudah masuk ke dalam panggung. Penghawa dinginnya sesejuk air batu, panggungnya 3 suku penuh dengan penonton dan berlatar belakangkan lagu orang mati paling popular tahun ini, Michael Jackson.
Papadom pun bermula..
Intronya cukup kuat dan jelas.
Kepayahan dan kesungguhan Saadom bekerja sememangnya menyentuh hati. Hasratnya untuk mengubah nasib keluarganya jelas terpapar apabila dia sanggup mengenepikan populariti dan nama.
Semangat 1 Malaysia juga cuba dipancing melalui watak-watak yang muhibah. Semangat setiakawan dan saling mempercayai nampak cantik dalam jalan cerita Papadom ini.
Dan ..
...................
.............................
.....................................
...............................................
..................................
............................
.................
....
Tepat jam 9.00 malam, kawasan Ampang Watan dilanda black-out. Sedang elok beratur untuk pemulangan wang, bekalan elektrik betul-betul pulih waktu aku sampai ke kaunter.
Macam gampang..
Maaflah Afdlin, lain kali saja aku makan Papadom engkau.
Cao..
Thursday, October 15, 2009
DEWA KEMALASAN
Gila..
Kali ini aku sangat kurang berahi untuk update.
Bukannya kerana malas tapi kerana berblogging ini sudah hampir tiada tempat dalam jadual harian atau dalam keperluan hidup aku. There is too many ranting, bitching and swearing that I compressed but rather venting it out, I just let it go.
Tahap kesabaran meningkat?
Darjah kealiman bertambah?
Nope. I'm just turned to be an ignorant person, someone whom I despised so much. I'm trying very hard to turn into one.
Arrrgghhh..
Aku memerlukan lebih banyak pil-pil ubatan berasaskan estrogen untuk jadi lebih feminin. Jadi lebih artistik, lebih sentimental dan lebih terbuka untuk bercerita. Nak harapkan jantan-jantan sahaja, memang cerita hanya akan berdegar mengenai workout, kereta, politik dan cerita-cerita dalam kamar.
Ok, cerita untuk minggu ini.
Tawaran kerja baru sudah diterima. Bagi golongan muda seperti aku dan kamu, kesetiaan pada syarikat adalah perkara kedua. Yang paling utama adalah salary offered, benefits and career growth. Betul kan? Oleh itu aku memerlukan pendapat anda semua untuk membuat pilihan kali ini. Sekarang terlalu banyak pros and cons untuk terus kekal atau pergi ke tempat yang baru.
PRESENT COMPANY
Pro
- proven career growth
- MNC company, lebih dipercayai candidates, client dan pihak bank untuk memberi pinjaman :)
- multi tasking between Human Resource Management and Recruitment
- client site closed to home
- permanent position
Cons
- too many work due to multitask
- lost of focus due to multitask
- incompetent and annoying subordinate whom pretty much burdening and add unnecessary pressure (I'm pretty fucking sure that she is dumb enough and won't even know the existence of this blog
- forever under the shadow of my boss
NEW COMPANY
Pro
- good salary, incentive and benefit
- government linked
- good environment since a close knit recruitment group
- focusing on recruitment only
- new fresh start up
- big mother company, anak syarikat kepada syarikat yang besar
Cons
- government linked, afraid of too many politics and hanky panky in administration
- proven slowness from their headquarter (I already confirmed selected, the offer is already being given last 2 weeks but I still did not received any letter up till today)
- new baby business which need branding and nurturing
- no career growth as the company is just anak syarikat, the most I can go is getting a permanent offer
- contract status for 1 year before confirmation
Therefore aku memerlukan pendapat anda semua sebelum aku ambil sebarang keputusan terburu-buru.
Haih..
Cao..

